Pada tanggal 4 November 1872 berangkatlah Kapal layar jenis square rigged dari pelabuhan New York menuju ke Itali.Kapal ini
dijumpai pada 4 Disember 1872 oleh kapal Dei Gratia didalam keadaan
kosong tanpa seorang penumpang atau krew pun.Tiada tanda-tanda bahawa
kapal ini telah dirompak oleh lanun.Semua barang-barang ditemui didalam
keadaan yang masih utuh dan rapi termasuk barang-barang yang
berharga.Satu-satunya petunjuk yang tak memberi apa-apa klue adalah
catatan terakhir Kapten Kapal Benyamin Spooner Brigg yang didalamnya hanya tertulis cuaca kelihatan buruk dan mungkin akan terjadi badai sebentar lagi.Yang
menjadi pertanyaan hingga ke saat ini adalah kemanakah kesemua
penumpang-penumpang kapal Mary Celeste?
seandainya telah terjadi badai yang hebat kenapakah barang-barang yang
ada didalamnya tidak bertempiaran dan bertaburan? masih tetap rapi dan
berada pada tempatnya.Juga dijumpai sebotol ubat yang telah dibuka
penutup botolnya didalam keadaan masih utuh tak berganjak tanpa ada
bekas-bekas tumpahan. Lagi aneh dan menghairankan bila kapal ini ditemui
(tanpa ada seorang pun didalamnya),tetap masih mengikuti arah
perjalanan pelayarannya yang sebenar dan telah meninggalkan New York
sejauh lebih kurang 500 kilometer jauhnya.Kemana semua krew dan
penumpang kapal Mary Celeste? Apakah yang membuat kapal ini tetap
mengikuti arah perjalanannya yang sebenar setelah jauh dari pelabuhan
asalnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment