Lagenda Mount Kinabalu



KOPIVOSIAN . .

Gunung kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada penduduk Sabah sesetengah penduduk menggangap Gunung Kinabalu merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat KadazanDusun Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Gunung kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu..

  1. Puncak Low's (Lows Peak) (4095.2m)
  2. Puncak St.John's (St.John's Peak) (4090.7m)
  3. Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
  4. Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  5. Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  6. Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)

Lagenda Mount Kinabalu

Seperti mana-mana gunung tertinggi didunia, Gunung Kinabalu tidak lepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung gunung kinabalu untuk sekian lama.
Mereka mempercayai tanah sekitar,hutan,air,dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa.Mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun,dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan gunung kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara, kesahan cerita ini dapat kamu rasakan ketika berada dipuncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika kamu berada dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yg lembab, pemandangan awan yg bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yg kuat.

Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial.Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yg mendaki gunung kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak menggangu mereka ketika mendaki dan turun.

gunung kinabalu yang indah
Gunung kinabalu yang indah


Related Post :

No comments:

Post a Comment

ADS 90x970