seekor keldai mendapat habuan harta pusaka lelaki kaya

Claude Maurchette mempunyai kilang minyak wangi dan kilang anggur yang sangat besar di perancis. Apabila jutawan eksentrik itu meninggal dunia ketika berusia 70 tahun, dia mewariskan seluruh kekayaannya yang bernilai RM10 Billion kepada sahabatnya, Pierre. Namun tidak ada yang percaya ketika peguam jutawan perancis itu menyebut bahawa warisan tersebut ditujukan kepada seekor keldai. Tetapi memang demikianlah.
seekor keldai mendapat habuan harta pusaka lelaki kaya

Marchette sendiri dikenali eksentrik. Meski jutawan, dia tidak nampak seperti orang kaya. Sehari-hari dia hidup sederhana, berpakaian biasa dengan topi selalu menutup kepalanya dan tidak pernah mandi.

Maurchette tidak mempunyai isteri dan anak. Dia hidup seorang diri dan berbuat apa saja yang diingininya. Dia tidak mempunyai seorang sahabat atau rakan baik. Dan, satu-satunya sahabatnya yang ada ialah pierre, seekor keldai kecil yang selalu berada di sampingnya. Keldai ini tingginya kurang dari 1 meter.

Setelah Maurchette meninggal dunia, peguamnya membuka surat wasiat. Kandungan wasiat itu sungguh mengejutkan. Seluruh kekayaannya diwariskan kepada keldainya itu.

Kini, Pierre tinggal di rumah mewah dengan 36 bilik tidur yang dilengkapi dengan kolam renang berlantai ceramik cina bernilai Rm10 juta.

Pierre juga suka berjalan-jalan dengan menggunakan kereta Limousine mengelilingi Kota Paris di waktu senja hari. Kalau hendak buang air besar, keldai itu singgah di bilik air marmar yang berfungsi secara automatik.

"Pierre adalah keldai paling kaya di dunia, dan Pierre sedar akan perkara itu," Kata peguam dan pengasuh Pierre, Andre Edmonds."Dia memerlukan perhatian 24 jam dan dia memang layak untuk mendapatkannya."

Jika Pierre lapar, keldai jutawan itu akan ke dapur dan meringis sehinggalah ketua pelayan menyediakan makanan kegemarannya. "Kalau Pierre tidak suka masakan itu atau disajikan tidak sesuai dengan keinginannya, ia akan terus meringis sampai ketua pelayan menggantikannya dengan makanan yang lain."tambahnya Andre.

"Kalau ia hendak berjalan-jalan, maka dia akan mendorong Linousine dengan kepalanya dan terus meringgik sampai pemandu datang dan membawanya mengelilingi kota" tambah Andre.

"Kalau Pierre ingin bersenang-senang, dia akan masuk ke ruang berdansa dan meringkik sehingga aku datang dan memutarkan filem kegemarannya Doctor Doolittle atau Francis The Talking Mule," sambung Andre.

"Tuan Maurchette adalah usahawan yang baik dan cerdas, tetapi eksentrik dan sukar menjalin hubungan dengan orang lain sehingga tidak mempunyai sahabat," kata Andre. "Dia tidak pernah menikah dan tidak punya saudara, sahabat satu-satunya, cuma Pierre," lanjutnya. "Ketika Maurchette meninggal dunia, dia memiliki warisan besar. Termasuk real estate miliknya yang berharga jutaan dollar.



Related Post :

No comments:

Post a Comment

ADS 90x970