Hitler menyerahkan jiwa kepada syaitan


Ramai orang percaya kekuasaan Hitler ada hubungkait dengan syaitan. Tanpa bantuan syaitan Hitler dikatakan tidak mungkin berjaya menghuruharakan dunia.

Di peruntuhan rumah yang digunakan oleh Adolf Hitler membunuh diri,para normal pakar pemburu syaitan Dr.Greta Leiber menemui sekeping surat perjanjian antara Adolf Hitler dengan syaitan.

Surat perjanjian itu bertarikh 30 April 1932. Surat itu ditandatangani dengan darah dari kedua belah pihak. Didalamnya, syaitan bernama Lucifer berjanji akan memberikan Hitler kekuasaan yang tak terbatas. Dia akan menjadi penakluk mutlak seluruh Jerman dan sebahagian besar Eropah, sehingga akan disanjung dan dihormati oleh jutaan manusia.
Hitler lucifer

Untuk mendapatkan semua itu,dia mesti menggunakan kekuatan jahat yang mempunyai kuasa besar,sebagai pampasannya. Hitler menyerahkan jiwanya kepada Syaitan 13 Tahun kemudian.

"Fakta perjanjian itu benar-benar boleh dipercayai," Kata Dr.Greta Ueber yang dikenali sebagai paranormal dan pemburu syaitan di hadapan 11 orang ahli panel yang hadir di sebuah simposium.
"Apa yang tertulis di dalamnya, sesuai sekali dengan perjalanan sejarah dan ratusan kes selama perang dunia ke-2 berlangsung,"tambahnya.

Menurut Greta, sejarah telah menunjukkan kepada kita semua, bahawa Hitler sentiasa gagal dalam setiap usaha dan tindakannya sebelum tahun 1932.

"Dia gagal menghabiskan persekolahannya, dan pernah dua kali gagal dalam ujian masuk sekolah kesenian. lantas menganggur, bahkan pernah masuk penjara," ceritanya, tentang sebahagian perjalanan hidup Hitler.

Pada tahun 1932, menurut Greta, kehidupan Hitler benar-benar berubah sama sekali. Orang ramai mula cenderung mendengar ucapan-ucapannya. Bagai sebuah roket, namanya melonjak dengan cepat. Tepat pada tahun 1933 dia telah menjadi penguasa negara Jerman.

Pada 30 april 1945, tepat 13 tahun setelah fakta perjanjian ditandatangani, Hitler telah dicemuh dan dibenci oleh jutaan umat manusia di muka bumi ini. "itulah pekerjaan syaitan, ia mempengaruhi manusia yang sedang gila kuasa dan kekayaan. kemudian syaitan akan meluluskan permintaan dan menjadikan keinginannya menjadi kenyataan. Tetapi, tentu saja dengan mengorbankan banyak nyawa manusia yang tidak berdosa."

Surat perjanjian antara Hitler dengan syaitan telah dijumpai di dalam sebuah peti besi. Meskipun surat itu sudah terkoyak di sana-sini, tetapi tulisannya masih dapat dibaca. Surat perjanjian tersebut kini berada di Berlin Institute of History, Jerman sebagai bahan kajian.

Berlin Institute of History surat perjanjian Hitler dan Lucifer


Related Post :

No comments:

Post a Comment

ADS 90x970