Kuasa minda


kuasa minda


 Pernahkah anda terfikir kenapa sukar untuk :
  1. Meningkatkan tahap keyakinan anda?
  2. Menjaga pemakanan anda?
  3. Berhenti merokok?
  4. Menikmati hidup yang bahagia?
  5. Menjadi kaya dan berjaya?
  6. Menghilangkan tekanan dalam hidup?
  7. Sembuh dari penyakit yang dideritai?
  8. Melupakan pengalaman lepas?
Terdapat penjelasan yang ringkas mengenai situasi ini. Sebahagian besar saintis yakin bahawa minda manusia terbahagi kepada dua iaitu :
  • Minda Sedar
  • Minda Separa Sedar

Minda sedar ialah minda yang mendominasi hidup anda berkaitan dengan perkara-perkara analitikal berasaskan hari ke hari. Ianya bertindak balas dengan maklumat yang diterima dan mengkelaskannya berdasarkan kategori mengikut sudut pandangan kita. Sebagai contohnya seseorang telah memberitahu anda bahawa hari kemerdekaan Malaysia jatuh pada tanggal 20 Mei 1963 dan secara automatiknya minda sedar anda akan menolak idea tersebut kerana ianya adalah mustahil kerana tarikh kemerdekaan malaysia jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957.

Bukanlah sesuatu yang serius sekiranya minda sedar anda menolak idea tarikh kemerdekaan Malaysia jatuh pada tanggal 20 Mei 1963, kerana idea ini telah diproses ditapis oleh minda sedar anda terlebih dahulu dan kemudiannya ditolak kerana minda sedar kita mempunyai 'sistem penapisan maklumat'. Ini hanyalah sebahagian penjelasan bagaimana minda sedar anda berfungsi.

Minda separa sedar adalah jauh lebih besar dan tidak mempunyai sebarang 'sistem penapisan maklumat'.Ianya akan mengikut apa yang minda sedar anda fikirkan. Minda separa sedar mengawal denyutan jantung anda dan pernafasan anda tanpa disedari. Sekiranya 'minda sedar' anda membuat keputusan untuk meminum air, minda separa sedar anda akan memberikan 'arahan' kepada seluruh otot-otot yang berkaitan memastikan anda dapat meminum air tersebut.

Minda separa sedar bagaikan sebuah komputer yang sangat kompleks yang memiliki penyimpanan memori yang sangat besar. Secara asasnya apapun yang anda lakukan dalam hidup anda disimpan didalam memori, memori yang disimpan disini ialah suara yang telah anda dengar, segala-gala yang telah anda rasa, bau, lihat dan sentuh. Otak anda akan menyimpan segala maklumat dan tidak akan dilupakan melainkan sesuatu telah berlaku dan menyebabkan otak anda rosak. Di bawah pengaruh hipnosis, anda dapat mengingat kembali pengalaman anda ketika kanak-kanak yang mana telah dilupakan sepenuhnya oleh minda sedar anda.

Minda sedar diibaratkan seperti kapten kapal dan minda separa sedar ialah kelasinya. Ianya hanya mengikut arahan kapten tanpa sebarang bantahan.

Memprogram Minda

Kepercayaan dan sikap anda seumpama software yang telah diinstall dalam minda anda. Sebahagian software tersebut telah diinstall sendiri oleh anda, sebagai contoh, ketika anda mula-mula memakan coklat. Anda merasakan begitu sedap dan lazat. Anda mula memakannya berulang kali dalam hidup anda dari jenis coklat yang sama.

Sebahagian software lagi telah diinstall oleh persekitaran hidup anda. Ini termasuklah dari keluarga anda, kawan-kawan, guru-guru dan  bahan bacaan anda, sebagai contoh dari anda mula-mula lahir ke dunia ini, anda telah diberitahu untuk memanggil bapa anda dengan nama 'ayah' , tidak kira dimanapun, berapapun usia anda, anda tetap akan memanggil bapa anda dengan nama 'ayah' . Ini adalah metafora bagaimana minda anda boleh mengubah hidup anda.

Re-program minda

Menukar, menginstall atau menguninstall software dalam komputer adalah satu perkara yang mudah. Anda hanya memerlukan beberapa klik sahaja, sangat berbeza jika anda ingin re-program minda anda.

Minda anda mempunyai satu sistem penapisan maklumat yang bertindak sebagai penjaga atau sekuriti kepada input-output maklumat. Sistem ini akan menapis segala idea atau saranan  yang baru dan mungkin bertentangan dengan pengetahuan dan kepercayaan anda selama ini.

Sistem ini sangat sukar untuk menerima perubahan yang mendadak yang bertentangan dengan program yang cara lama anda berfikir dan melakukan sesuatu. Contohnya anda menulis dengan tangan kiri atau sebaliknya.

Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan kepercayaan, personaliti, dan membentuk realiti kehidupan anda. Sebagai contoh, ada pendapat yang mengatakan 'semua kejahatan bermula daripada wang' dan ada pendapat yang mengatakan 'semua kejahatan bermula daripada ketiadaan wang' kepercayaan anda akan menentukan pendapat mana yang betul dan salah.

Mana-mana idea atau saranan yang melepasi sistem minda anda akan diterima sebagai benar atau salah. Sistem penapisan maklumat inilah yang akan mengekalkan kepercayaan anda dan akan menolak idea yang bertentangan.

Sekiranya anda menerima idea atau saranan yang bertentangan dengan sistem penapisan minda anda, anda akan berada dalam keaadaan keliru, resah, serba salah. Walaupu idea atau saranan itu datang dari minda sedar anda, sistem penapisan ini akan menolak idea atau saranan tersebut.

Sistem ini menggunakan standard idea atau saranan terdahulu yang diterima idea atau saranan yang telah diinstall pada masa lepas. Sebagai contoh:

Semasa Sheilla masih bayi, ibunya selalu menyusukannya ketika Sheilla menangis. Ketika zaman kanak-kanak, apabila Sheilla bersedih, ibunya selalu memasak makanan kegemarannya untuk menggembirakan hatinya. Sekiranya Sheilla tidak menghabiskan makanannya Ayahnya berulang kali berpesan 'Tidak baik membazir makanan'. Agar tidak dimarahi oleh bapanya Sheilla akan sentiasa menghabiskan makanannya, ayahnya akan memujinya.

Sistem minda Sheilla telah disetkan, sekiranya Sheilla bersedih dan enggan dimarahi dan ingin dipuji. Sheilla hendaklah memakan sejumlah makanan dan selepas itulah Sheilla akan kembali tenang. Ketika mencapai usia dewasa, Sheilla telah menghidapi masalah obesiti. Walaupun Sheilla bersusah payah untuk bersenam dan berdiet, berat badannya sentiasa tidak memuaskan hatinya. Cuba teka apa yang dilakukan oleh Sheilla selepas menimbang berat badannya?

Kisah Sheilla ini adalah sebagai contoh kepercayaan dan keyakinan seperti inilah yang menjadikan usaha ramai orang untuk mencapai impian masing-masing tidak tercapai dan sia-sia.

Untuk mengubah hidup anda, anda hendaklah mengubah kepercayaan dan pemikiran anda. Apabila anda mengubah kepercayaan dan pemikiran anda, nescaya hidup anda akan turut berubah.

Terdapat beberapa cara untuk re-program minda anda:
Berubah sedikit demi sedikit secara konsisten

Andai kata anda mempunyai matlamat untuk bersenam 1 jam setiap hari tetapi anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Jadi anda seharusnya buat sedikit demi sedikit. Minggu ini anda bersenam 10 minit, minggu depan 15 minit, minggu sekali lagi 20 minit dan seterusnya sehingga anda berjaya mencapainya.

Teknik Saranan/Affirmation/Declaration

Menerusi teknik ini anda hendaklah mengulangkan Saranan/Affirmation/Declaration yang positif setiap hari pada waktu yang tertentu seperti ketika bangun tidur atau ketika waktu petang atau ketika hendak tidur secara tetap. Minda separa sedar anda akan bertindak mengikut apa yang anda mahu setelah saranan diterima oleh sistem penapisan minda. Mungkin mengambil masa selama sehari, seminggu, sebulan, setahun atau lebih lama.


Contoh Saranan/Affirmation/Declaration
  1. Saya dilahirkan untuk berkongsi kekayaan di dunia ini.
  2. Saya memiliki banyak wang untuk bersedekah  dan membantu orang lain tanpa mengharapkan  apa-apa  balasan
  3. Hasil kerja saya memberi sumbangan yang besar untuk kemajuan umat manusia dan sebagai ganjarannya saya menerima kekayaan yang melimpah ruah.
  4. Saya menarik dan menikmati kekayaan yang melimpah setiap hari.
  5. Saya seorang pemurah dan apa yang saya beri akan kembali kepada saya dalam jumlah yang berlipat kali ganda.
  6. Saya benar-benar bersyukur di setiap hari mengenai kekayaan dan kebahagian yang saya miliki sepanjang hidup saya.
  7. Kesyukuran saya telah membuka peluang kepada saya untuk memiliki kekayaan tanpa batas.
  8. Saya sentiasa berwaspada dan mengambil peluang memiliki kekayaan disekeliling saya.
  9. Yang Maha Kaya telah menghantar kepada saya kekayaan-Nya dalam jumlah yang tidak terkira.
  10. Saya berasa sangat kaya dan saya berfikir saya sangat kaya.
  11. Saya berkongsi kekayaan saya sepanjang hidup saya.
  12. Saya mengawal dan melabur wang yang saya miliki secara bijaksana dan mendapat keuntungan yang melimpah pada setiap hari.
kelemahan: Memerlukan kesabaran dan keyakinan yang kuat untuk dilakukan setiap hari.

Related Post :

No comments:

Post a Comment

ADS 90x970