Hebat Otak Mereka Sepantas Kalkulator

Otak Mereka Sepantas Kalkulator

sel otak manusia
Pada sekitar tahun 1892,seorang lelaki bernama Jacques Inaudi,dari Marseilles, Perancis telah diminta menjalani ujian IQ di Acedemic des Science di Paris. Ternyata,ujian tersebut membuktikan bahawa lelaki itu mempunyai IQ yang sangat luar biasa (197),apabila berjaya menyelesaikan masalah daraban nombor dari bilion hingga trilion.

Jacques juga mampu mengingat urutan beratus-ratus nombor yang disebut sekali lalu, seterusnya menyelesaikan kiraan campur,tolak,bahagi,dan darab nombor-nombor besar tersebut dengan cepat dan tepat. Semuanya dilakukan menggunakan kekutan minda semata-mata.

Keupayaan minda Jaques dalam matematik ini amat mengagumkan saintis.Dia digelar 'manusia kalkulator'Apabila dikaji, rupa-rupanya Jaques menggunakan keupayaan otaknya secara menyonsang dengan menggunakan otak kiri ke kanan,berbanding dengan manusia biasa yang menggunakan keupayaan otak kanan terlebih dulu sebelum menggunakan otak kiri.

Jaques kemudiannya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi,dan dia setuju. Bagaimanapun,untuk permulaan,Jaques meminta supaya terlebih dulu diajar tentang huruf dan mengej,kerana dia sebenarnya tidak tahu membaca!

Selain daripada Jacques, seorang lagi manusia yang mempunyai tahap IQ yang luar biasa dalam matematik ialah Rube Fields, berasal dari Johnson Country Missouri,Amerika Syarikat.Ketika kecil, Fields menolak untuk ke sekolah dengan mengatakan,"saya tidak mahu jadi bodoh seperti orang lain!"

Biarpun tidak bersekolah,Fields mampu untuk menjawab sebarang permasalahan matematik yang diberikan kepadanya.Dia bukan sahaja mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut,malah mengambil masa yang amat singkat,biarpun permasalahan itu sangat rumit.

otak manusia
Dilaporkan ketika itu apa sahaja permasalahan yang melibatkan angka,Fields akan berjaya menyelesaikannya menggunakan kekuatan mental. Dalam satu ujian yang dilakukan, lima helai kertas mengandungi turutan nombor dibaca dihadapannya.Mengejutkan,sebaik sahaja nombor terakhir disebut,Fields memberikan satu angka yang tepat bagi jumlah keseluruhan angka dalam lima helai kertas tersebut setelah dicampurkan.

Lebih mengaagumkan,Fields dapat mengetahui jumlah putaran roda kereta yang tepat dengan hanya berpandukan berapa jarak kereta itu telah bergerak. Bagaimana Fields boleh mempunyai kebolehan itu? Lelaki itu tidak dapat menjelaskannya.

Seorang kanak-kanak lelaki dari Korea,bernama Kim Ung Yong juga sangat-sangat beruntung kerana dilahirkan dengan memiliki IQ yang sangat genius dan luar biasa.

Kim dilahirkan pada 7 mac 1963,anak kepada sepasang suami-isteri yang bergelar professor, boleh menyelesaikan permasalahan matematik seawal usia empat tahun lagi.Selain itu,Kim juga berjaya menguasai empat bahasa sebelum mula bersekolah rendah.IQ kanak-kanak ini melebihi 200.

Didalam dunia moden hari ini, Shakuntala Devi yang lahir di Bangalor,India pada 1939, adalah antara individu yang bertuah kerana dianugerahkan dengan kelebihan luar biasa dalam matematik.Dia digelar sebagai 'manusia komputer' kerana berjaya menyelesaikan daraban 13 angka yang dipilih oleh jabatan komputer Imperial College London dalam masa 28 saat sahaja.

Sebenarnya,didalam dunia, skala IQ yang digunakan adalah 150 bagi mewakili golongan yang mempunyai otak genius.Selalunya,hanya seorang yang daripada sepuluh ribu orang yang mempunyai tahap IQ melebihi skala 160.


Related Post :

No comments:

Post a Comment

ADS 90x970