Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Disamping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta.
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai ilmi sihir atau ilmu hitam. Ilmu sihir ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun,dan sering dirujuk sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan. Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir atau bomoh di kalangan masyarakat melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri.
Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir melayu. Disamping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta.
Hantu Bungkus :
Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia.
Langsuir :
Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan menggangu.
Polong :Bagi menghisap darah mangsa.
Jembalang :Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan atau keturunan nenek moyang atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkan peranan yang paling besar.
No comments:
Post a Comment